Tuesday, November 30, 2010

Manusia yang dicipta


1.       Bagaimana Allah mengeluarkannya dari tulang punggun g lelaki dan tulang rusuk kaum wanita?
2.       Bagaimana Allah membuat air mani lalu menjadi segumpal darah?
3.       Bagaimana Allah menjadikan segumpal darah  menjadi sekepal daging?
4.       Bagaimana Allah mencipta tubuh manusia dan disusun dengan baik?
Allah membuat kepala, membelah lubang pendengaran, penglihatan, hidung, mulut, dan lubang-lubang yang lain. Seterusnya lubang diisi dengan mata.

Wednesday, November 24, 2010

Koleksi Tuan Rumah

DEDALU BULUH

BATU DELIMA TIMBUL

BATU AKEK ADA KALIMAH

Tuesday, November 23, 2010

Kenali Personaliti Melalui Tulisan

Kenali Personaliti Melalui Tulisan 


Beberapa kriteria menentukan personaliti seseorang melalui tulisannya. Antaranya ialah….

     1.  Tekanan
Tekanan Kuat. Iaitu menulis dengan kuat tekanannya  hingga berbekas di belakang kertas. Itu tandanya  sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
Tekanan ringan. Menulis dengan tidak berbekas. Tandanya kurang bertenaga, kurang sihat dan  mungkin sakit.
  

Sunday, November 21, 2010

Air Api Angin Tanah

 
Pernah dengar tak orang tua-tua sebut tentang perkataan di atas. Bagi orang dulu-dulu  perkiraan air api angin dan tanah digunakan dalam beberapa urusan harian atau urusan yang penting. Contohnya dalam perkahwinan seseorang. Itu cerita dulu-dulu. Tapi la ni pun mungkin ada lagi.
Baru-baru ni terbaca tentang  empat  unsur di atas dalam sebuah buku. Rupa-rupanya perkiraan orang tua kita tu ada  logiknya. Apa yang logik?.

Tubuh manusia ada tujuh bahagian.
Unsur  yang empat tadi air bersifat sejuk dan basah, api bersifat panas dan kering, angin bersifat panas dan basah dan tanah bersifat sejuk dan kering.

Sifat atau watak .
-          Seimbang. Sifat seimbang kalangan binatang ialah sifat manusia. Sifat seimbang dikalangan manusia beriman ialah sifat para nabi. Sifat paling seimbang di kalangan para Nabi ialah sifat para Rasul dan sifat seimbang dikalangan para rasul ialah keteguhan mematuhi Allah.
-          Tidak seimbang boleh jadi bercampur panas, sejuk, basah dan kering.

Darah. Ia bersifat  basah dan panas. Fungsinya memberi makan kepada tubuh. Lendir. Bersifat basah dan sejuk. Fungsinya mengubah darah manakala tubuh kekurangan makanan dan menjaga organ  tubuh agar tetap lembab dan mencegah dehidrasi. Hempedu. Sifatnya kering dan panas. Ia menjadikan darah lembut dan membantunya melalui nadi-nadi yang sangat sempit. Limpa. Bersifat kering dan sejuk. Ia mengentalkan darah .

Bahagian keempat daripada bentuk tubuh ialah organ-organ dasar. Bahagian kelima membentuk jiwa. Bahagian keenam ialah keupayaan iaitu natural, vital, dan psikik. Bahagian ketujuh  adalah fungsi yang terbahagi kepada dua iaitu fungsi daya tarik dan fungsi daya tolak

Friday, November 19, 2010

SEPULUH AMALAN TERBALIK ATAU BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

Tuesday, November 16, 2010

Keistimewaan Makkah Al-Mukarramah


Cuba perhatikan gambar yang pertama. Gambar pertama merupakan gambar Makkah Al-Mukarramah yang diambil dari satelit. Sekelilingnya berwarna kelabu kehitaman tetapi Makkah Al-Mukarramah putih.Subhanallah.


Di antara keistimewaan Makkah Al-Mukarramah yang tidak dimiliki oleh tempat lain yaitu bahwa Makkah menjadi tempat kelahiran makhluk yang paling mulia diantara makhluk lainnya. Dialah Muhammad, Rasulullah SAW, sebagai Nabi dan utusan terakhir yang membawa risalah besar untuk jin dan manusia serta sebagai rahmat bagi sekalian alam (rahmatan lil‘alamin).

Selain itu, Makkah menjadi tempat turunnya wahyu (al-Qur’an). Allah juga memilih Makkah sebagai tempat istimewa dalam penanaman akidah serta perjuangan Nabi selama tiga belas tahun dalam mendidik para sahabatnya sehingga menjadi generasi pertama Islam di bawah bimbingan Rasulullah SAW. AllahSWT mengistimewakan Makkah tidak hanya dengan keberadaan Rasulullah SAW di sana, tetapi juga keberadaan bangunan tua yang berumur ribuan tahun yang berdiri kokoh dan berwibawa yaitu Ka’bah al-Musyarrafah.

Sunday, November 14, 2010

Air Zam Zam Terbukti Tanda Kekuasaan Allah


Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatila  petikan dibawah.

Pada 10 Oktober 2002 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom  Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa Rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Thursday, November 11, 2010

CAHAYA MUKA

 Cahaya Muka.
"Perhatikan wajah orang. Duduklah dengan dia secara berhadapan, saudara rasai, bercahayakah muka dia ataupun suram. Cahaya wajah itu ada yang kuat dan ada yang lemah. Cahaya wajah seperti kuasa elektrik, dapat memancar dan mengejutkan kita yang duduk berhadapan dengan dia, sehingga kita kena gelombang daripada cahaya sinar wajah
orang itu. 
Kadang-kadang cahaya itu menembusi sanubari kita.

Wednesday, November 10, 2010

11 jenis manusia di doa Malaikat

11 jenis manusia didoa Malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalh, kerumitn, keperluan & bbingan, bkn saja kita perlukn kekuatn doa Dr lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: `Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

Saturday, November 6, 2010

KOSMETIK ANDA



 KHASIAT BUAH DELIMA
Delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
Buah Yang Manis Dapat:
Membaikkan usus dan menguatkannya.

al Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...