Sunday, November 21, 2010

Air Api Angin Tanah

 
Pernah dengar tak orang tua-tua sebut tentang perkataan di atas. Bagi orang dulu-dulu  perkiraan air api angin dan tanah digunakan dalam beberapa urusan harian atau urusan yang penting. Contohnya dalam perkahwinan seseorang. Itu cerita dulu-dulu. Tapi la ni pun mungkin ada lagi.
Baru-baru ni terbaca tentang  empat  unsur di atas dalam sebuah buku. Rupa-rupanya perkiraan orang tua kita tu ada  logiknya. Apa yang logik?.

Tubuh manusia ada tujuh bahagian.
Unsur  yang empat tadi air bersifat sejuk dan basah, api bersifat panas dan kering, angin bersifat panas dan basah dan tanah bersifat sejuk dan kering.

Sifat atau watak .
-          Seimbang. Sifat seimbang kalangan binatang ialah sifat manusia. Sifat seimbang dikalangan manusia beriman ialah sifat para nabi. Sifat paling seimbang di kalangan para Nabi ialah sifat para Rasul dan sifat seimbang dikalangan para rasul ialah keteguhan mematuhi Allah.
-          Tidak seimbang boleh jadi bercampur panas, sejuk, basah dan kering.

Darah. Ia bersifat  basah dan panas. Fungsinya memberi makan kepada tubuh. Lendir. Bersifat basah dan sejuk. Fungsinya mengubah darah manakala tubuh kekurangan makanan dan menjaga organ  tubuh agar tetap lembab dan mencegah dehidrasi. Hempedu. Sifatnya kering dan panas. Ia menjadikan darah lembut dan membantunya melalui nadi-nadi yang sangat sempit. Limpa. Bersifat kering dan sejuk. Ia mengentalkan darah .

Bahagian keempat daripada bentuk tubuh ialah organ-organ dasar. Bahagian kelima membentuk jiwa. Bahagian keenam ialah keupayaan iaitu natural, vital, dan psikik. Bahagian ketujuh  adalah fungsi yang terbahagi kepada dua iaitu fungsi daya tarik dan fungsi daya tolak

No comments:

Post a Comment

al Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...