Tuesday, November 23, 2010

Kenali Personaliti Melalui Tulisan

Kenali Personaliti Melalui Tulisan 


Beberapa kriteria menentukan personaliti seseorang melalui tulisannya. Antaranya ialah….

     1.  Tekanan
Tekanan Kuat. Iaitu menulis dengan kuat tekanannya  hingga berbekas di belakang kertas. Itu tandanya  sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
Tekanan ringan. Menulis dengan tidak berbekas. Tandanya kurang bertenaga, kurang sihat dan  mungkin sakit.
  
          2.   Bentuk tulisan
            Bulat-bulat. Semua huruf ditulis membulat. Tandanya emosional, prihatin, pengasih, penyayang,      
            kepekaan t inggi dan banyak pakai otak sebelah kanan.

            Tulisan tajam-tajam. Itu tandanya rasional, bekerja dengan sistematik, banyak pakai otak sebelah kiri.

3.  Kecondongan
           Condong ke kanan. “extrovert” , suka bercerita, peramah, mudah memimpin, kasih sayang,          
           berani dan   pemurah.

         Condong ke kiri. “Introvert” suka simpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah dan setia pada kekasih  dan keluarga.

Tegak. Seorang yang sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan, tak suka gaduh-gaduh dan suka ambil jalan tengah.

Campur-campur. Emosi tak tetap seperti remaja yang belum matang.

4. Kerapatan
Jarang-jarang. Tidak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

Rapat-rapat. Suka campur orang, amat bergantung pada orang lain, jimat atau kedekut.

Anda nilailah sendiri. Terutamanya orang paling rapat dengan anda. Mungkin kekasih.

No comments:

Post a Comment

al Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...