Tuesday, November 30, 2010

Manusia yang dicipta


1.       Bagaimana Allah mengeluarkannya dari tulang punggun g lelaki dan tulang rusuk kaum wanita?
2.       Bagaimana Allah membuat air mani lalu menjadi segumpal darah?
3.       Bagaimana Allah menjadikan segumpal darah  menjadi sekepal daging?
4.       Bagaimana Allah mencipta tubuh manusia dan disusun dengan baik?
Allah membuat kepala, membelah lubang pendengaran, penglihatan, hidung, mulut, dan lubang-lubang yang lain. Seterusnya lubang diisi dengan mata.

 
5.       Perhatikan juga  kelopak mata yang menutupi mata dan bergerak dengan cepat untuk memelihara mata. Perhatikan juga  air mata  untuk memotong benda-benda yang jatuh ke mata. Perhatikan juga kening yang memperindahkan raut muka.

6.       Perhatikan pula mulut dan lidah . Bibir sebagai penutup mulut dan dibuka bila perlu. Bibir juga sebagai penutup gigi dan gusi yang menambah keindahan wajah. Bayangkan jika anda tiada bibir.?
7.       Seterusnya lihat pula gigi. Gigi untuk manfaat dan keindahan. Iaitu untuk menggigit dan mengunyah makanan dan memperindahkan mulut.
8.       Berikutnya kenapa pula mulut manusia sentiasa basah?. Air liur digunakan untuk membasahi makanan dan mudah ditelan.
9.       Renungkan juga anugerah Allah rasa lazat makanan melalui lidah.
10.   Perhatikan pula manusia diberi indera bau.
11.   Mengapa pula Allah memasang hidung di tengah wajah?. Diberi dua lubang dapat menikmati bau wangi dan menghindari bau busuk.
12.   Perhatikan pula Allah mencipta tangan untuk mencapai tujuan dan menolak bahaya.  Lalu allah mencipta tapak tangan, jari-jari yang berbeza dan membuat ibu jari yang boleh berputar mengelilingi  seluruh empat jari itu. Setiap jari ada kuku yang menguatkan jbahagian jari. Kuku juga digunakan untuk menggaru.
13.   Berikutnya perhatikan mengapa manusi diberikan dua peha, dua betis dan telapak kaki yang lebar?. Supaya manusia dapat berjalan.
14.   Perhatikan juga penciptaan kepala yang tersusun daripada 55 tulang yang berbeza. 6 tulang untuk tengkorak kepala, 24 untuk tulang rahang atas, 2 buah untuk rahang bawah.
15.   Perhatikan juga  allah membuat leher sebagai tempat letak kepala.
16.   Berikutnya perhatikan Allah menciptakan alat untuk menggerakkan tulang iaitu otot. Otot yang ada pada badan manusia sebanyak 529 otot.

No comments:

Post a Comment

al Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...