Thursday, November 11, 2010

CAHAYA MUKA

 Cahaya Muka.
"Perhatikan wajah orang. Duduklah dengan dia secara berhadapan, saudara rasai, bercahayakah muka dia ataupun suram. Cahaya wajah itu ada yang kuat dan ada yang lemah. Cahaya wajah seperti kuasa elektrik, dapat memancar dan mengejutkan kita yang duduk berhadapan dengan dia, sehingga kita kena gelombang daripada cahaya sinar wajah
orang itu. 
Kadang-kadang cahaya itu menembusi sanubari kita.
Hanya dua jenis orang sahaja yang mempunyai cahaya istimewa itu. Pertama orang yang soleh yang kuat perhubungannya dengan tuhan dan kedua orang yang berpangkat yang kuat hubungannya dengan kuasa.
Yang pertama mendapat cahaya dari langit. Yang kedua mendapat cahaya dari bumi. Kalau perhubungan di antara yang memberi cahaya dengan yang menerima putus, baik sinar dari langit mahupun sinar dari bumi, orang itu tidak bersinar lagi." -HAMKA
Wajah yang bersinar adalah jawapan tepat menjelaskan mengenai karisma. Adakalanya kita kagum melihat ada orang yang datang kepada kita dengan cahaya muka memancar

No comments:

Post a Comment

al Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...