Thursday, December 16, 2010

Hasad, Dengki dan Iri hati


Sifat-sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Terdapat hadis  yang diriwayatkan daripada Nabi SAW maksudnya:
“Hasad itu memakan(memusnahkan) kebajikan, sebagaimana api memakan(membakar kayu).”

Untuk mengelakkan perasaan hasad, dengki dan iri hati ini, seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk (rendah diri), mengucap puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh sesaudara Islam kita. Mudah-mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak.

Sunday, December 12, 2010

Furu' Al-Masa'il rungkai masalah ummah

 DI Nusantara, kita telah lama mengenali kitab Furu' al-Masa'il karangan Sheikh Daud Fathani kerana ia menjadi kitab mentelaah di masjid dan surau suatu ketika dulu.Kitab ini memaparkan masalah-masalah fikah dalam mazhab Syafie termasuk masalah furu'iyyah (cabang) yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Hari ini, anak-anak remaja kita tidak tahu tempat khusus untuk merujuk kepada permasalahan yang mereka hadapi. Lebih-lebih lagi permasalahan sulit yang memalukan.

Anak lelaki dan perempuan berhadapan dengan masalah baligh, air mani, air mazi, hukum onani, mimpi basah, istinjak, istibrak, khatan, mandi wajib, pergaulan dengan perempuan seperti bersentuh kulit, berpegang tangan, bercium, berpeluk, berkhalwat, mukadimah zina, jimak, hubungan sejenis (homoseksual), liwat, pornografi, gay, pondan dan sebagainya. 

Tuan

Tuan blog
Koleksi Tuan blog

PENAWAR

Kosmetik anda
Penawar kencing manis

INSAN



Thursday, December 9, 2010

Siapa Saudaramu?





"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikkanmu, sanggup berkorban apa saja untuk kepentinganmu."

Hadis riwayat Sayidina Ali karamalahhuwajhah

Sunday, December 5, 2010

MOTIVASI AGAR MENGUTAMAKAN NIKMAT AKHIRAT BERBANDING DGN MAKSIAT DI DUNIA


by Ustaz Zahazan Mohamed on Monday, October 11, 2010 at 12:02pm
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Rombongan pertama yang masuk syurga rupa mereka seperti bulan purnama. Mereka tidak meludah, membuang hingus ataupun buang air di dalam syurga. Pinggan-pinggan mereka terbuat daripada emas. Sikat rambut mereka terbuat daripada emas dan perak. Setanggi mereka daripada gaharu yang wangi. Peluh mereka misik[h1] . Bagi mereka dua orang isteri. Seolah-olah terlihat urat betisnya di sebalik daging kerana keindahannya. Tidak ada perselisihan di antara mereka ataupun perkelahian. Hati-hati mereka seolah-lah satu hati. Mereka bertasbih memuji Allah setiap pagi dan petang.”

Friday, December 3, 2010

Asal-usul Penciptaan Manusia


“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan(dari kubur), maka(ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian(dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada kedewasaan dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula yang dipanjangkan umur sampai tua, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya….”

(Al-Hajj : 5)

al Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...