Tuesday, January 11, 2011

Ujub


Sifat ujub berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

Sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikir bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini.
Setiap sifat boleh ditimpa keuzuran atau penyakit suatu hari nanti, yang tinggi darjat keturunannya tidak akan dinilai di sisi Allah selain takwa dan yang kaya pula boleh mengalami bencana-bencana seperti kecurian, penculikan dan sebagainya.

Sentiasa menghisab diri(muhasabah) sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat-sifat tercela ini.

Saturday, January 1, 2011

Riyak

Riyak ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.
Sifat riak yang nyata seperti menunjuk-nunjuk dalam amal ibadat dan riyak yang tersembunyi ialah beratnya hati seseorang untuk beramal apabila bersendirian tetapi akan berbuat demikian apabila ada orang lain yang menyaksikannya.
Umat Islam perlu berhati hati supaya tidak bersifat riyak dan sebaik-baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan amalan baik kita supaya tidak diketahui orang.
Antara perkara yang boleh membuatkan seseorang itu riyak ialah mempertontonkan keindahan ;
Tubuh badan
Pakaian
Ucapan
Perlakuan

Thursday, December 16, 2010

Hasad, Dengki dan Iri hati


Sifat-sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Terdapat hadis  yang diriwayatkan daripada Nabi SAW maksudnya:
“Hasad itu memakan(memusnahkan) kebajikan, sebagaimana api memakan(membakar kayu).”

Untuk mengelakkan perasaan hasad, dengki dan iri hati ini, seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk (rendah diri), mengucap puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh sesaudara Islam kita. Mudah-mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak.

al Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...